Tuesday, November 15, 2016

HAJJAD PEMIMPIN ZALIM



Hadis riwayat Bukhari:
Hadis menunjukkan bagaimana sahabat-sahabat nabi dan ulamak-ulamak menghadapi zaman zalim iaitu zaman Hajjad bin Yusuf Asyakopi, seorang panglima perang dan gabenor yang ditugaskan oleh Abdul Malik bin Marwan, raja Bani Umaiyah untuk meneguhkan kerajaannya maka dia menentang pemberontak-pemberontak yang menentangnya

Maka ramailah ulamak dibunuh bukan sahaja rakyat biasa. Antaranya ulamak tabi’in iaitu ulamak yang berguru dengan sahabat-sahabat nabi SAW dibunuhnya.

Antara sahabat nabi yang dibunuh ialah Abdullah bin Zubir RA yang melawannya dan tidak menyerah kalah. Hajjad menyerang Mekah yang dibawah kuasa Abdullah bin Zubir dan Abdullah bin Zubir melawan Hajjad dan bala tenteranya.
Abdullah bin Zubir bertanya ibunya Asma’ binti Abu Bakar yang masih hidup lagi masa itu bagaimana dengan Hajjad ini.
Ibunya berkata: 

“Kalau kamu hendak dunia sila ikut dia tetapi jika kamu hendak akhirat mesti melawan dia.”

Abdullah bin Zubir pun melawan Hajjad sehingga dia mati berperang dengan bala tentera Hajjad. Kemudian ibunya dibawa bertemu dengan Hajjad lalu berkata

“Aku dengar nabi SAW bersabda akan lahir di kalangan Bani Syakir seorang kafir dan seorang zalim. Yang kafir ialah Muktar bin Abi Ubaid dan yang zalim kamu.”

Ini menunjukkan sahabat-sahabat nabi berani menentang pemimpin yang zalim di zamannya.

Dalam kisah lain pula Hajjad bertanya Annas bin Malik:
“Mana cantik kuda aku dengan kuda nabi?”
Annas bin Malik jawab: 

“Tahi dan air kencing kuda nabi SAW lebih baik daripada kuda kamu. Tahi dan air kencing kuda nabi keluar dengan berkat, kuda kamu hendak bermegah-megah.”

Hajjad berkata:
“Jika kamu bukan sahabat nabi tentu aku bunuh kamu.”

Annas kata:
“Kamu tidak boleh membunuh aku jika Allah Ta’ala tidak izin.” Hajjad tidak berani membunuh Annas.
Satu riwayat mengatakan Hajjad ini ahli hafaz Quran tetapi menjadi pemimpin zalim. Jadi jangan berasa pelik zaman sekarang orang 

hafaz Quran tetapi melawan Islam.
Hajjad minta cari seorang untuk menemani dia makan.
Lalu tenteranya membawa seorang Badwi untuk menemani dia makan. Si badwi memberi salam dan berkata: 

“Kamukah Hajjad?” Dia terus memanggil nama.
“Ya” jawab Hajjad.

“Mengapa panggil aku?” Tanya badwi.

Kata Hajjad: “Aku hendak mengajak kamu menjadi tetamu aku makan hari ini.”

Badwi kata: “Aku tidak mahu makan kerana aku menjadi tetamu lebih besar daripada kamu lagi.”

“Siapa yang lebih besar daripada aku?” kata Hajjad.

“Allah Ta’ala.” Kata orang badwi.

“Fasal apa?” Tanya Hajjad.

“Aku puasa hari ini. Aku tidak hendak membuka puasa kerana aku menjadi tetamu Allah” Jawab badwi.

Lalu Hajjad berkata: “Tidakkah nabi bersabda; kamu berpuasa hari ini hari yang sangat panas. Puasa sunat sahaja.”

Badwi kata: “Aku puasa untuk hari yang lebih panas daripada hari ini lagi iaitu hari kiamat.”

Hajjad tanya: “Tidakkah nabi kata puasa sehari buka sehari. Hari ini buka dahulu. Esok puasalah”

Badwi kata: “Wahai Hajjad kamu boleh jamin aku hidup esok.”
Lalu Hajjad melepaskan dia.

Oleh kerana Hajjad zalim sangat orang mengadu kepada Annas bin Malik RA. Annas berkata bahawa kita hendaklah bersabar dan boleh jadi pemimpin selepas dia lebih zalim lagi.

Ini suasana pemerintahan orang Islam yang zalim kita kena sabar menghadapi mereka, Berbeza dengan orang kafir yang menakluk kita. 

Hadis ini bermaksud kita kena sabar menghadapi ujian.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment