Tuesday, November 15, 2016

PARA MALAIKAT DITUGAS MENGUCAP AMIIN



Sabda Rasulullah SAW: 

“Apabila imam mengucap amiin maka kamu hendaklah mengucap amiin bersama kerana sesiapa yang mengucapkan amiinnya serentak dengan ucapan amiin malaikat nescaya diampun dosanya yang lalu.” – Aljamaah.

Hadis ini memberitahu perkara yang ghaib iaitulah malaikat berkata amiin apabila imam kata amiin. Jadi kita disunatkan menyebut amiin walaupun kita sedang baca Fatihah atau yang sepatutnya kita tunggu imam sebut amiin baru kita baca Fatihah.
Bila imam sebut amiin kita sebut amiin kerana amiin imam itu diamiinkan oleh malaikat.

Terdapat perkara yang salahlaku di kalangan orang kita termasuk di masjid Mekah dan masjid Madinah makmum menyebut amiin lebih dulu daripada imam. Walaupun tidak membatalkan  sembahyang tetapi tidak kena dengan adab. 

Bahkan makmum tidak boleh ruku’ dan sujud dulu daripada imam.
Disebut dalam hadis: “Kamu jangan bangun lagi sehingga kamu tengak aku bangun baru kamu bangun.”

Di kalangan kita sebelum qamat bilal menyebut: “Sof” 

Makmum pun bangun sedangkan imam belum bangun lagi. Akibatnya makmum dulu pada imam lagi. Tidak diketahui mana bilal ini belajar. 


Mengikut adab yang diajar oleh nabi SAW ialah imam bangun dulu barulah makmum bangun mengikut imam. Tugas lmam membetulkan sof sembahyang dengan menyebut: “Istahu”. Jadi bilal merampas tugas imam. 

Dalam sembahyang berjamaah nabi kata tunggu imam bangun barulah makmum bangun. Begitulah dalam menyebut amiin biar amiin kita serangkap dengan amiin imam. 

Amiin bermakna perkenankanlah wahai tuhan ku. Bila imam sebut amiin melaikat pun sebut amiin. Jadi bila kita sebut amiin dulu daripada imam makna dulu daripada malaikatlah.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang kamu mengucapnya malaikat di langit pun mengucapnya maka betullah ucapan antara satu sama lain nescaya diampun dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa malaikat pun kata amiin juga. Bila kita sembahyang seorang kita sebut amiin malaikat sebut amiin juga.

Di kalangan malaikat ada yang ditugaskan mengucap: 

ALLAH HUMMA RABBANA WALAKALHAMD maknanya:
“Ya Allah ya tuhan ku, wahai tuhan kami dan bagi mu segala kepujian.”

Sabda Rasulullah SAW: 

“Apabila imam membaca SAMIALLAHU LIMAN HAMIDAH maka kamu hendak membaca ALLAH HUMMA RABBANA LAKALHAMD.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ertinya apabila imam membaca SAMIALLAHU LIMAN HAMIDAH maka hendaklah kamu membaca ALLAH HUMMA RABBANA LAKALHAMD kerana sesiapa berbetulan bacaannya dengan bacaan malaikat nescaya diampun dosanya yang telah lalu.

Di sini banyak riwayat. Ada RABBANA LAKALHAMD, ada ALLAH HUMMA RABBANA LAKALHAMD, ada ALLAH HUMMA RABBANA WALAKALHAMD dan ada RABBANA WALAKALHAMD. 

Maknanya satu sahaja iaitu
“Ya Allah ya tuhan ku, wahai tuhan kami dan bagi mu segala kepujian.”

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment