Seseorang
yang beriman itu hendaklah kasihkan malaikat maka tidak membeza-bezakan di
kalangan mereka kerana mereka semuanya
adalah hamba Allah yang sangat setia dan mulia.
Mereka
mengerjakan apa yang diperintah, meniggalkan apa yang dilarang, tidak ada satu
malaikat pun tidak bersifat begitu.
Oleh
itu tidak ada hujah bagi kita membeza-bezakan kasih dan memuliakan mereka.
Sesiapa yang membezakannya adalah sesat seperti orang-orang Yahudi yang disebut
sikap sesat mereka terhadap malaikat.
Kita kena kasih kepada
semua malaikat termasuklah malaikat yang menulis dosa, malaikat yang jaga
neraka dan malaikat yang menurunkan bala kerana mereka adalah makhluk yang
sangat taat kepada Allah.
Orang Yahudi pilih-pilih malaikat. Mereka
yang menjaga rezeki sahaja yang mereka kasih dan marah kepada malaikat yang
menurunkan bala. Oleh itu kita jangan jadi macam orang Yahudi.
Firman Allah Ta’ala:
“Katakanlah wahai Muhamad SAW sesiapa yang
telah bermusuhkan Jibril maka sesungguhnya ia (Jibril) itu telah menurunkan
al-Quran ke dalam hati mu dengan izin Allah, membenarkan apa-apa kitab
sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman.
Barangsiapa yang menjadi
musuh Allah, para malaikat-Nya, para rasul-Nya, Jibril dan Mikail maka
sesungguhnya bagi Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.
Apabila mereka mengetahui bahawa malaikat
Jibril itu membawa wahi kepada nabi SAW lalu mereka menyembunyikan dengki dan
hasad mereka terhadap Rasulullah SAW. Hasad dengki disembunyukan dengan
mengeluarkan hujah-hujah yang diada-adakan.
Melaikat
Jibril membawa wahi dan juga untuk menurunkan bala dan azab ke atas kaum yang
menentang Allah
Jika wahi itu dibawa oleh Mikail yang
menurunkan rezeki dan hujan mereka bersedia menerimanya tanpa mereka menyedari
bahawa Jibrail dan Mikail adalah hamba Allah yang mempunyai tugas
masing-masing.
Kedua-dua malaikat itu menjalankan tugas
yang mulia dari Allah dengan menyedari bahawa hujah yang menyalahi hukum Allah
dan kias yang dijadikan dalil itu telah menyesatkan mereka.
Begitulah keadaan orang-orang yang
mempunyai kitab yang tidak beramal dengan kitabnya. Waliyazabillah.”
Sebab turun ayat ini ialah apabila
orang-orang Yahudi di Madinah berfakat sesame mereka untuk bertanya Muhamad
siapa yang membawa wahi.
Jika yang membawa wahi itu Mikail malaikat
yang menjaga urusan rezeki kita percaya dan kita ikut.
Kalau yang membawa wahi itu Jibril kita
tidak boleh percaya dan tidak boleh ikut oleh kerana tugas Jibril ini membawa
bala bencana bersama dengan bala tentera malaikat membinasakan kaum-kaum
nabi-nabi zaman dahulu yang melawan nabi-nabi dan mereka yang tidak beriman
kepada Allah.
“Jibril jahat” kata mereka.
Ini perangai orang Yahudi padahal semua
malaikat adalah makhluk yang sangat taat kepada Allah.
Allah Ta’ala menegaskan bahawa barangsiapa
yang bermusuh kepada Allah, bermusuh kepada para rasul-Nya, bermusuh kepada
Jibril dan Mikail dan bermusuh dengan orang-orang yang menegakkan agama Allah
dengan cara yang sebenar, Allah Ta’ala kata ini adalah kafir.
Allah Ta’ala bermusuh kepada orang-orang
kafir. Apabila bermusuh kepada para rasul-Nya, bermusuh kepada Jibril dan
Mikail dan bermusuh dengan orang-orang yang meninggikan agama Allah bermakna
bermusuh dengan Allah.
Bermusuh dengan Allah rusak imannya.
Beriman kepada malaikat
ialah beriman dengan semua malaikat macam beriman kepada semua rasul dan
beriman dengan semua kitab yang diturunkan oleh Allah.
Jika beriman sebahagian sahaja maka tidak
sah imannya.
KULIAH
YT
No comments:
Post a Comment