Para malaikat tidak
menyukai orang-orang kafir, zalim dan fasik. Mereka itu memerangi dan
menggoncangkan pendirian hati orang-orang kafir itu apabila berdepan dengan
orang-orang beriman seperti berlaku di dalam peperangan Badar, peperangan Ahzab
dan peperangan-peperangan yang lain.
Oleh kerana malaikat itu adalah makhluk
yang sangat mulia, yang sangat taat kepad Allah SWT, Allah menceritakan sifat
mereka di dalam al-Quranul Karim.
“Para malaikat itu tidak
sekali-kali derhakakan Allah, mereka melakukan apa sahaja yang diperintah oleh
Allah Ta’ala.” Itulah sifat malaikat.
Mereka sangat kasih
kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal solih. Mereka benci, marah dan
bermusuh dengan orang-orang kafir.
Orang kafir ialah orang yang tidak percaya
kepada Allah, tidak percaya kepada rasul-rasul dan tidak percaya kepada apa
sahaja yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala dan dibawa oleh rasul-sarul ASTS.
Orang zalim ialah orang meletakkan sesuatu
tidak kena pada tempatnya mengikut hukum syarak. Allah Ta’ala menyuruh berhukum
dengan hukum Allah dia memilih hukum lain.
Orang fasik ialah orang mengerjakan
maksiat, derhakakan Allah. Walaupun zalim dan fasik masih lagi beriman tetapi
malaikat benci kerana mereka melawan Allah Ta’ala.
Tiap-tiap yang kafir mesti zalim. Mereka
yang zalim dan fasik ada yang beriman. Mereka ini juga dimarahi oleh malaikat.
Malaikat memberi semangat kepada
orang-orang beriman dan menggoncang perasaan orang-orang kafir. Walaupun orang
kafir dan zalim itu berkuasa, kuat, kaya dan memerintah tetapi hati mereka
bergoncang sebenarnya.
Firman Allah Ta’ala:
“Kamu orang-orang beriman jangan berasa lemah,
jangan berasa hina menghadapi kaum-kaum yang kafir, zalim dan bermusuh dengan
Islam. Jika sekiranya kamu berasa sakit dengan perbuatan mereka maka
sesungguhnya mereka juga berasa sakit dan kamu berharap daripada Allah apa yang
mereka tidak harapkan”
Orang-orang kafir dan zalim itu berasa
sakit dan susah juga. Tuhan jadikan mereka begitu.
Orang menegak Islam ada harapan pahala
daripada Allah Ta’ala. Kadang-kadang ditiup dalam hati orang-orang beriman
perasan kesejahteraan dan ditiupkan perasaan gelisah di dalam hati mereka yang
menentang Islam.
Apabila rasul diutus oleh Allah Ta’ala
kepada sesuatu kaum dan kaumnya terus menerus membohongi rasul-rasul itu lalu
Allah menurunkan azabnya.
Kaum
nabi Nuh diberi masa sembilan ratus lima puluh tahun. Begitu panjang masa
diberikan tetapi hanya lapan puluh orang sahaja yang beriman dengan nabi Nuh AS
Kadang-kadang
tuhan jadikan mereka melawan Islam umur panjang untuk memberi peluang kepada
mereka bertaubat. Bila degil juga tuhan turunkan azab.
Kadang-kadang
ditugaskan kepada malaikat membawa dan melaksana azab itu. Kadang-kadang Allah
Ta’ala tugaskan angin, tugaskan binatang, nyamuk, tugaskan kuman-kuman untuk
membawa penyakit dan tugaskan air.
Firman Allah Ta’ala surah Hud ayat 77-83:
“Dan tatkala datang utusan-utusan kami
yakni para malaikat itu kepada nabi Lut, dia merasa susah dan sempit dada
dengan kedatangan mereka dan dia berkata:
inilah hari yang amat sulit dan datanglah
kepadanya kaumnya dengan tergesa-gesa dan sejak dahulu mereka selalu melakukan
perbuatan yang keji.
Lut berkata hai kaum ku inilah anak-anak perempuan ku mereka lebih suci
bagi kamu maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan nama ku
terhadap tetamu ku ini tidak adakah di antara seorang yang berakal.
Mereka menjawab sesungguhnya kamu telah
tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan kepada anak-anak perempuan kamu dan
sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.
Lut berkata; seandainya aku mempunyai
kekuatan atau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat, para malaikat
berkata hai Lut sesungguhnya kami adalah utusan-utusan tuhan sekali-kali mereka
tidak akan dapat mengganggu mu sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan
pengikut-pengikut mu di akhir malam
dan janganlah ada seorang pun di antara
kamu yang tertinggal kecuali isteri kamu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab
yang menimpa mereka kerana sesungguhnya waktu jatuh azab kepada mereka ialah
waktu Subuh, bukankah waktu Subuh itu sudah dekat?
Maka tatkala datang azab kami, kami jadikan
negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, kami balikkan dan kami hujani mereka
dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi yang diberi tanda oleh
tuhan mu dan seksa itu tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim.”
Ayat ini mengesahkan kaum Lut, satu kaum
yang tinggal di negeri Sadum, dekat Jordan. Penduduknya mengerjakan maksiat
yang sangat keji iaitulah bersetubuh sesame lelaki (liwat).
Lalu Allah mengutuskan Lut iaitu anak saudara
nabi Ibrahim AS.
Lut berhijrah bersama nabi Ibrahim ke
Palastin. Kemudian dengan perintah Allah Ibrahim menyuruh Lut pergi ke negeri
Sadum untuk berdakwah membetulkan kaumnya yang sangat zalim, yang sangat kafir
dan sangat buruk akhlaknya supaya mereka beriman kepada Allah dan meninggalkan
amalan liwat. Amalan yang sangat keji yang bercanggah dengan tabi’ manusia.
Mereka degil tidak beriman dan menghina
nabi Lut AS. Antara yang tidak beriman itu ialah isteri nabi Lut sendiri
bersama dengan kaumnya yang zalim dan jahat itu.
Setelah beberapa lama Lut berdakwah Allah
membuat keputusan untuk menghukum mereka.
Allah mengutuskan bala tentera malaikat diketuai oleh Jibril.
Jibril terlebih dahulu singgah di rumah
nabi Ibrahim untuk memberitahu Ibrahim Allah akan mengurniakannya seorang anak
lelaki.
Walaupun pasangan Ibrahim dan Sara itu
sudah tua, satu peringkat umur yang tidak layak melahir anak lagi, itu mudah
sahaja bagi Allah. Jika Allah menghendaki jadi maka jadilah.
Malaikat singgah pula di rumah nabi Lut AS.
Nabi Lut rasa bimbang kerana malaikat bertasyakkul dengan wajah orang muda dan
kacak.
Sungguhpun begitu nabi Lut tetap memuliakan
tetamunya. Isterinya pula bergegas keluar rumah memberitahu orang-orang
kampungnya mengatakan dua orang muda yang kacak datang menziarahi rumahnya.
Maka datanglah pembesar-pembesar kaum Lut
dalam keadaan gembira macam orang mabuk untuk menerkam rumah nabi Lut.
Nabi Lut kata:
“Jangan ganggu, ambillah
anak perempuan aku untuk isteri kamu.”
Kata mereka:
“Kamu sudah mengetahui
aku tidak minta orang perempuan, kami hendak orang lelaki.”
Nabi Lut kata:
“Tidak ada di kalangan kamu orang yang
berakal.”
Bila mereka tidak menghiraukan teguran,
nabi Lut pun mengadu kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan aku ada keluarga yang
kuat yang boleh mempertahankan aku.
Disebut
dalam hadis selepas peristiwa Lut itu Allah Ta’ala jadikan bagi tiap-tiap rasul
ada keluarga yang kuat yang boleh mempertahankan mereka. Walaupun kelurga tidak
beriman tuhan jadikan mereka sayang dan melindungi rasul-rasul zaman mereka.
Nabi kita Muhamad SAW dilindungi oleh bani
Hashim dan Bani Muttalib yang mengadakan bai’ah dengan Abu Talib sanggup
berperang mempertahankan nabi SAW.
Nabi Lut sebatang karah dihantar oleh nabi
Ibrahim ke negeri Sadum. Isterinya orang tempatan dan kafir.
Syariat masa itu membenarkan orang Islam
berkahwin dengan orang kafir. Syariat nabi kita telah menasahkan syariat itu.
Nabi
Lut mendapat tiga orang anak dan semuanya perempuan. Ini adalah ujian Allah.
Jibril bila melihat Lut gelisah lalu
berkata:
“Jangan takut Lut, kami bukan manusia, kami
malaikat adalah yang diutus oleh Allah.”
Disebut oleh ulamak
tafsir bila pemuda-pemuda itu menerkam masuk ke dalam rumah Lut, malaikat
Jibril mengibas dengan sayapnya menyebabkan mata mereka semua menjadi buta.
Mereka menjadi kelam-kabut lalu Jibril
menyuruh Lut berundur dari rumahnya membawa bersama anak-anak perempuannya dan
kaumnya yang beriman. Isterinya tidak termasuk dalam senarai orang-orang
beriman.
Allah Ta’ala tentu masa ajal mereka waktu
Subuh.
Selepas Lut dan pengikut-pengikutnya
berundur ke satu tempat yang ditetapkan oleh Allah Ta’ala, malaikat Jibril
mengangkat bandar Sadum, dilingkup dan dihempas ke bumi dengan kuat.
Kawasan
itu hari ini dikenali dengan Laut Mati dan tiada ikan dapat hidup kerana air
terlalu masin. Para ulamak mengatakan makruh melawat tempat tuhan laknat
kecuali untuk tujuan pengiktibaran.
Ibni Kathir telah menyebut dalam kitabnya
al-Hidayah Wannihayah bahawa malaikat Jibril telah memukul muka-muka mereka
dengan hujung sayapnya sehingga mereka menjadi buta dan waktu Subuh diangkat
lalu dibalikkan.
Kita
juga telah mengetahui tentang malaikat menyertai jihad pihak umat Islam di
zaman Rasulullah SAW dan kemudian daripadanya apabila tentera-tentera Islam
dalam keadaan terdesak maka datanglah pertolongan malaikat.
Para malaikat juga melaknat orang kafir
seperti dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala surah al-Imran ayat 86-87:
“Bagaimana Allah akan memberi petunjuk
kepada suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman serta mereka telah mengakui
bahawa rasul (iaitu Muhamad SAW) benar-benar rasul dan keterangan-keterangan
pun telah datang kepada mereka.
Allah tidak menunjuk orang yang zalim
mereka itu balasan ialah bahawasanya laknat Allah ditimpakan kepada mereka,
demikian juga laknat para malaikat dan para manusia dan manusia seluruhnya.”
Ayat ini menyatakan tentang golongan ahli
kitab yang tahu mengenai dengan nabi SAW kerana disebut di dalam kitab-kitab
mereka, disebut dalam syarahan ulamak-ulamak mereka, di samping nabi-nabi mereka
menceritakan akan zahirnya nabi akhir zaman dengan sifat-sifat dan
tanda-tandanya dan tanda-tanda sahabatnya.
Apabila nabi SAW berhijrah ke Madinah
mereka tidak beriman sebabnya kerana kejar dunia dan kejar kesenangan
menyebabkan lupa ke hari akhirat.
Jika ikut nabi susah. Memanglah ikut nabi
susah kerana tuhan tidak memberi kemenangan percuma, dikepung, disekat, susah
hendak kerja dan susah hendak makan.
Allah jadikan begitu dalam masa yang
panjang. Mereka tahu nabi itu benar tetapi tidak mahu ikut.
Orang semacam itu tidak mendapat hidayah
daripada Allah Ta’ala walaupun dia tahu dan dia alim. Mereka ini dikutuk oleh
Allah dan malaikat serta dikutuk oleh manusia-manusia yang beriman.
Maka mereka tidak mendapat hidayah dan
sesat sampai ke mati.
Firman Allah Ta’ala surah al-Baqarah ayat
161:
“Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka
mati dalam keadaan mereka mendapat laknat Allah, para malaikat, dan manusia
seluruhnya.” Manusia yang baik akan mengutuk mereka.
Disebut dalam satu hadis:
“Barangsiapa yang mencari
keredhaan Allah, Allah Ta’ala redha kepadnya dan Allah Ta’ala jadikan manusia
redha kepadanya.
Barangsiapa yang mencari
keredhaan manusia walaupun dimurka oleh Allah, orang ini tuhan murka dan
seluruh manusia marah kepada dia akhirnya.”
Orang mengetahui akhirnya bahawa dia penipu
walaupun nampak elok dan bercakap baik. Tetapi jika dia mencari keredhaan Allah
walaupun orang benci kepadanya hari ini akhirnya orang setuju kepadanya.
Bukan sahaja orang kafir
yang dilaknat tetapi juga dilaknat orang-orang yang melakukan dosa yang
tertentu.
Antaranya mereka melaknat orang yang
mencela dan mencaci sahabat Rasulullah SAW. Sahabat-sahabat nabi ada yang
membuat dosa besar tetapi mereka diampun oleh Allah Ta’ala kerana mereka
mempunyai kelebihan bersama dengan nabi SAW.
Kita tidak boleh melaknat mereka kerana
jasa mereka besar. Jika Allah Ta’ala hendak menghukum itu adalah hak Allah
Ta’ala. Kedudukan mereka sebagai sahabat tetap kita kena jaga, jangan mencela
sahabat-sahabat nabi walaupun dia membuat salah.
Ibni Abas RA telah
menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang memaki
hamun sahabat aku maka di atasnya laknat Allah dan para malaikat dan manusia
seluruhnya.”
Barangsiapa yang melaknat
sahabat nabi maka Allah Ta’ala laknat, malaikat dan manusia laknat mereka
kerana jasa sahabat nabi besar.
Disebut dalam satu hadis Khalid al-Walid,
seorang sahabat nabi dia berbalah dan maki Abdul Rahman bin Aus. Abdul Rahman
bin Aus masuk Islam lebih awal daripada Khalid al-Walid.
Nabi kata:
“Jangan kamu maki sahabat
aku (nabi kata kepada Khalid bin al-Walid), kalau sekiranya seorang kamu
membelanjakan emas sebesar bukit Uhud tidak sama dengan secupak yang
disumbangkan oleh seorang sahabat.”
Seorang sahabat sumbang
secupak jagung tidak sama dengan kita memberi sumbangan emas sebesar bukit
Uhud. Ini kelebihan sahabat.
Hadis ini berkait dengan Khalid
al-Walid ditugaskan oleh nabi SW memerangi Bani Juzaimah, satu kabilah Arab
yang belum lagi masuk Islam selepas pembukaan Mekah.
Bani
Juzaimah menyerah diri dan berkata:
“Sabbakna,
sabbakna, sabbakna.”
Mereka tidak kata ASYHADU ALLA ILLAHA
ILLALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH.
Mereka
berkata sabbakna, bahasa mereka yang bermakna meninggal agama dahulu. Mafhumnya
mereka telah masuk Islam cuma tidak mengucap dua kalimah syahadat. Mengucap dua
kalimah syahadat hanya syarat sahaja.
Tetapi Khalid al-Walid membunuh mereka yang
mengatakan sabbakna.
Abdullah bin Omar yang hadir dalam
peperangan itu kata dia tidak mahu bunuh kerana arahan ini tidak betul.
Bila diberitahu kepada nabi, nabi SAW marah
dan berkata:
“Ya Allah ya tuhan ku
akau melepas diri daripada apa yang Khalid buat.”
Lalu Abdul Rahman bin Auz marah kepada
Khalid, berbalah dan Khalid maki kepada Abdul Rahman bin Aus.
Nabi menegur Khalid kerana maki Abdul
Rahman bin Aus.
Nabi mengarah Saidina Ali membayar ganti
rugi kepada Bani Kuzaimah. Bekas minuman anjing pun nabi suruh ganti balik dan
membayar lebih daripada yang sepatutnya.
Jadi jihad ada caranya
dalam Islam. Ada hukumnya dalam Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment