Tuesday, November 8, 2016

MAKAM NABI HENDAK DIPINDAHKAN?



Bila nabi SAW wafat para sahabat tidak mengetahui di mana hendak tanam jenazah Rasulullah SAW. Lalu Abu Bakar as-Sidiqk memberitahu bahawa dia pernah mendengar nabi SAW bersabda mana-mana nabi wafat mesti ditanam di tempat yang ia habis umur.

Di mana akhir ajalnya di situlah tempat yang mesti ditanam jenazahnya. Inilah sebabnya jenazah nabi SAW tidak dikebumikan di kubur Baqi’.

Oleh sebab itu bukan alih makam nabi tetapi kena pindah masjid. Masjid kena pindah diluar kawasan makam nabi.

Asalnya memanglah makam nabi itu di luar masjid. Bila berlaku pembesaran masjid menyebabkan makam berada di dalam. Ini adalah kesilapan orang kemudian. Nabi pernah bersabda: “Allah Ta’ala melaknat orang-orang Yahudi kerana mereka menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai masjid.”

Barang kali kerana hadis ini mereka rasa tidak senang hati bila kubur nabi SAW berada dalam masjid. Ini adalah kesilapan mereka yang membuat masjid. Sepatutnya bukan alih kubur nabi tetapi kena rombak masjid dan ini cara yang betul.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment