Thursday, November 10, 2016

MAKANAN JIN

Jin juga makan makanan yang ditentukan kepada mereka iaitu tulang-tulang, arang dan tahi binatang. Tetapi kita tidaklah mengetahui cara dan keadaan mereka makan.

Antara perkara yang disebut dalam hadis nabi SAW ialah mereka diberi rezeki oleh Allah Ta’ala dengan makanan-makanan. Cara mereka makan hanya diketahui oleh Allah Ta’ala, makan secara alam ghaib bukan seperti kita memamah dan mengunyah makanan.

Ibni Mas’ud RA pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang dan tulang kerana ia adalah bekalan untuk saudara kamu di kalangan jin.” (Riwayat Muslim dan Turmizi.)

Ada negeri rakyatnya membuat rumah daripada tahi binatang. Setengah negeri menjadikan bahan bakar. Dengan itu tahi binatang menjadi perbahasan di kalangan ulamak. Ada ulamak mengatakan tahi binatang yang halal dimakan najis dan ada yang mengatakan tidak najis. Mazhab Syafie mengatakaan najis.

Ibni Mas’ud pernah berkata: “Manakala tiba rombongan jin mengunjungi nabi SAW, mereka berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah tegahlah umat kamu beristinjak dengan tulang atau tahi binatang atau arang kerana Allah telah menjadikan padanya rezeki untuk kami. Lalu Rasulullah SAW pun menegah kami daripada itu.” (Riwayat Abu Daud)

Hadis ini adalah hadis sahih maka nyatalah kepada kita bahawa Allah Ta’ala jadikan tulang, arang dan tahi binatang yang kering rezeki kepada saudara kita di kalangan jin.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment