Tuesday, November 15, 2016

MALAIKAT DAN KEHADIRAN JUMAAT



Ada malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang. Apabila imam duduk di atas mimbar malaikat-malaikat itu melipatkan lambaran-lambaran surat yang ditulisnya dan mendengar khutbah.
 
Malaikat tunggu di pintu masjid untuk mencatit kehadiran sembahyang Jumaat. Malaikat menutup buku catatan bila imam duduk di atas mimbar. Bermakna mereka yang datang lewat tidak termasuklah dalam catatan itu dan kuranglah fadilatnya. Malaikat menutup buku dan mendengar khutbah. 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Pada suatu hari kami bersembahyang di belakang nabi SAW manakala dia mengangkat kepalanya pada satu daripada roko’ dia berkata SAMIALLAHU LIMAN HAMIDAH maknanya Allah telah mendengar sesiapa yang memujinya,
 tiba-tiba salah seorang di belakangnya menyebut (nabi tidak ajar) RABBANA WALAKALHAMD HAMDAN KATHIRAN TAIYIBAN MUBARAKAN FIH maknanya wahai tuhan kami bagi Kamu segala kepujian yang baik lagi diberkati padanya.”

Apabila selesai sembahyang tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang berkata dengan bacaan itu.”

Lelaki itu menjawab:
“Saya wahai Rasulullah.”

Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah melihat lebih daripada tiga puluh malaikat berebut-rebut untuk menulis fadilatnya.”  

Nabi kadang-kadang diberi kelebihan nampak malaikat. Kadang-kadang nabi nampak apa orang munafik buat di belakangnya. Kadang-kadang tidak diizinkan. Bila tidak diizinkan bermakna nabi tidak nampaklah.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment