Wednesday, November 9, 2016

MENYAMBUT HARI RAYA



Sepanjang kita berpuasa bulan Ramadan ini inti atau matlamat yang ditanam dalam bulan Ramadan ini ialah insaf kepada orang yang susah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah: “Dalam bulan Ramadan nabi menjadi seorang yang sangat pemurah lebih murah lagi daripada angin menderu.”

Jadi sifat pemurah yang ditanam dalam diri kita sampai diwajib kepada zakat fitrah sebelum daripada menjelmanya Shawal. Diwajibkan memberi zakat fitrah kepada fakir miskin.

Sepanjang bulan Ramadan kita digalakkan memberi makan kepada orang berpuasa, kita digalakkan mencari orang yang susah untuk dibantu.

Bila sampai pada hari raya tiba-tiba semua nilai-nilai ini seolah-olah hilang begitu sahaja. Jangan sampai kita menyambut hari raya kita hilang nilai yang sebenarnya.

Kita berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya, kita disuruh berbelanja dengan berpada-pada, tidak sampai membazir, tidak sampai kita merasakan bahawa kita hanya berhari raya itu bersendirian terlupa kepada orang-orang yang lain, orang miskin, orang fakir, warga emas, anak yatim dan sebagainya yang memerlukan kepada perhatian kita.

Kadang-kadang berlebihan sangat kita berbelanja sama ada kuih raya atau sebagainya. Ini perlu kita prihatin supaya tidak membazir. Jadi sama-samalah kita pelihara dan In Sya Allah semuga hari raya ini mendatangkan keceriaan dan keinsafan kepada matlamat yang sebenar.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment