Wednesday, November 9, 2016

PERDEBATAN NABI ADAM DENGAN NABI MUSA



Sabda Rasulullah SAW: “Dari Abi Hurairah RA dari nabi SAW, nabi Musa AS telah berhujjah ke atas nabi Adam AS lalu Musa berkata kepada nabi Adam engkaulah yang menyebabkan manusia dukeluarkan daripada syurga dengan sebab dosa kamu dan engkaulah yang menyebabkan manusia menjadi celaka.
Lalu Adam menjawab wahai Musa Engkau yang telah dipilih oleh Allah dengan menjadi rasul dikurniakan kepada kamu dengan kalamnya adakah engkau menyakiti ku dengan suatu perkara yang Allah telah putuskan sebelum aku diciptakan atau Allah telah takdirkan sebelum aku dijadikan.”
Sabda Rasulullah SAW: “Lalu Adam Berjaya menghujjahkan nabi Musa”
Hadis ini menunjukkan perdebatan nabi Musa dan nabi Adam AS. Tidak disebut sama ada di alam Barzakh atau pun alam akhirat. Perkara ini dinyatakan oleh nabi SAW yang diberitahu kepadanya oleh Allah SWT. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari, hadis yang sahih menunjukkan cerita yang benar-benar berlaku iaitulah nabi Musa menghujjahkan nabi Adam AS.
Dengan sebab kamulah wahai Adam maka kami hidup dalam dunia, engkau dihalau dari syurga dengan sebab dosa yang engkau telah lakukan apabila Allah SWT melarang kamu memakan buah kayu dalam syurga.
Kamu memakannya kerana ditipu oleh syaitan menyebabkan kamu dihalau dari syurga dan kami dilahirkan di alam dunia tidak dilahirkan di alam syurga. Kalau tidak kerana kamu maka kami tidak ada dalam dunia berada dalam syurga yang penuh dengan nikmat.
Lalu Adam menjawab: “Wahai Musa engkau ini dipilih oleh Allah SWT menjadi rasul adakah engkau tidak mengerti kepada qadak dan kadar Allah SWT. Allah Ta’ala mengurniakan kepada kamu dengan kalamnya berkata-kata secara langsung dan dikurniakan kepada kamu kitab Taurah, adakah engkau menghujjahkan aku dengan perkara yang menyakitkan ini padahal engkau telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa qadar takdir itu adalah daripada Allah SWT.
Allah SWT telah menentukan apa yang berlaku kepada aku ini sebelum aku diciptakan oleh Allah SWT.”  Ini menyebkan nabi Musa tidak dapat menjawab hujjah nabi Adam AS.
Apa yang Allah SWT lakukan kepada nabi Adam AS adalah mengandungi hikmat yang dikehendaki oleh Allah SWT. Memang Allah SWT telah memutuskan bahawa Adam dan Hawa akan melahirkan zuriat di atas muka bumi bukan dalam syurga.
Perkara ini dinyatakan oleh Firman Allah Ta’ala: “Ingatlah ketika tuhan berfirman kepada malaikat, wahai malaikat Aku hendak jadikan atas muka bumi satu makhluk manusia yang menjadi khalifah, lalu malaikat bertanya dengan bertujuan untuk meminta penjelasan bukan untuk mengengkari kehendak Allah SWT, kerana malaikat tidak sekali-kali derhakakan Allah.
Malaikat bertanya: “Adakah engkau hendak jadikan atas muka bumi itu makhluk yang akan melakukan kejahatan, kemungkaran yang menumpahkan darah tiap-tiap satu sama lain yang berperang padahal kami memuji dan memuja Kamu, mengucap tasbih kepada Kamu mengapa tidak menyuruh kami bertugas di atas muka bumi.”
Tuhan menjawab: “Akua tahu apa yang kamu tidak tahu.”
Tugas di atas muka bumi ialah tugas untuk menjadi khalifah dengan menegakkan agama Islam dan mentadbir urusan dunia dengan agama Islam. Itulah tugas nabi Adam dan zuriat keturunannya.
Tugas ini tidak boleh dilakukan oleh malaikat kerana malaikat adalah makhluk ruhani, makhluk yang tidak makan dan minum, tidak beranak dan tidak beristeri dan memerlukan benda-benda yang ada atas muka bumi. Jadi Adam yang layak untuk bertugas di atas muka bumi.
Allah SWT meletak Adam AS dalam syurga sementara waktu adalah untuk mendidik dan mengajar nabi Adam AS. Nabi Adam diajar bergaul dengan isterinya, memakai pakaian, memakan makanan dan minuman dan Allah mengajar halal dan haram. “Jangan engkau menghampiri pokok ini kalau hampir engkau termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”
Menunjukkan di sana ada halal dan ada haram. Allah Ta’ala menguji nabi Adam dengan perkara yang diharamkan. Tiba-tiba Adam digoda oleh iblis. Digoda pula Hawa setelah gagal menggoda Adam.
Hawa yang mempunyai kelemahan-kelemahannya termakan dengan tipu daya iblis, memujuk Adam lalu Adam memakan buah kayu yang dilarang oleh Allah Ta’ala menyebabkan pakaian mereka tercabut semuanya. Akibatnya mereka dihalau daripada syurga.
Ditanya tidakkah seorang rasul itu bersifat dengan al-ismah iaitu dipelihara daripada dosa. Mengapa Adam seorang rasul telah melakukan satu dosa padahal nabi-nabi dan rasul-rasul dipelihara daripada dosa.
Ulamak mengatakan, ini pendapat yang kuat bahawa Adam belum lagi dilantik menjadi rasul. Adam melakukan kesalahan sebelum lagi dilantik menjadi rasul. Adam dilantik menjadi rasul setelah dia berada di muka bumi bersama dengan keluarganya. Setelah menjadi rasul baharulah Adam dikurniakan sifat al-ismah.
Kedua, Adam melakukan perkara itu dengan aturan dan peraturan untuk mengajar nabi Adam melakukan dosa dan menyesal dengan dosa yang telah dilakukan. Manusia yang tersilap dengan kesalahan lebih ingat jika dia tidak melakukan kesalahan.
Setelah membuat kesalahan menjadi ingatan yang kuat kepadanya. Maka Adam dihantar ke bumi setelah dimurka oleh Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala: “Wahai Adam, Hawa dan iblis nyah kamu ke atas muka bumi dan bermusuhlah kamu antara satu sama lain dan Aku tetapkan kamu berada di bumi mengikut masa yang ditetapkan mengikut ajal masing-masing.”
Iblis yang berasal daripada makhluk jin yang dicipta oleh Allah sebelum daripada manusia yang pernah melakukan kejahatan, berperang antara satu sama lain. Lalu Allah Ta’ala mengutuskan malaikat untuk memerangi makhluk jin.
Mereka dikalahkan dan ditawan ketuanya yang digelar iblis. Malaikat menawan ketua jin yang digelar iblis dibawa ke langit bersama dengan malaikat, beribadat kepada Allah Ta’ala, melihat syurga dan neraka dan boleh bercakap dengan Allah Ta’ala sehingga malaikat sangat kagum kuatnya ibadat iblis.
Malaikat tidak mengetahui apa yang ada dalam hati iblis. Iblis adalah iblis bukannya malaikat. Bila Allah Ta’ala uji di hadapan nabi Adam AS antara dua makhluk, makhluk malaikat dan makhluk iblis yang berasal daripada jin diuji.
Allah Ta’ala mengajar nabi Adam dengan nama-nama benda yang ada di bumi. Bila Allah Ta’ala tanya malaikat, malaikat tidak boleh jawab. Malaikat jawab dengan bersofan: “Maha suci engkau wahai tuhan kami tidak tahu melainkan engkau ajar kepada kami. Apa yang engkau tidak ajar kami tidak tahu, Engkaulah tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.”
Malaikat adalah makhluk yang tawadak, yang merendah diri di hadapan Allah Ta’ala. Jadi nabi Adam melihat perangai malaikat ketika mula dia dijadikan.
Bila Allah Ta’ala menyuruh malaikat dan iblis sujud kepada Adam, malaikat sujud tetapi iblis tidak sujud. Iblis enggan, sombong dan kufur dan termasuk di kalangan yang kafir.
Bila Allah Ta’ala tanya iblis: “Mengapa kamu tidak sujud wahai iblis?”
Iblis jawab: “Aku lebih baik daripada Adam. Engaku jadi aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah. Kejadian aku lebih baik daripada dia.”
Iblis sendiri yang letak pangkatnya. Orang letak pangkat sendiri ini ialah orang bodoh atau orang gila. Kita tidak boleh letak pangkat kita sendiri.
Tuhan tunjuk perangai iblis dan perangai malaikat di hadapan Adam AS. Sepatutnya Adam boleh mengambil contoh antara dua makhluk. Satu makhluk yang baik dan satu makhluk yang jahat. Adam hendaklah mengambil pengajaran daripada makhluk yang baik dan jangan ikut makhluk yang jahat.
Kemudian tuhan jadikan iblis berjaya menipu Adam yang telah memakan makanan yang diharamkan oleh Allah menyebabkan Adam dan Hawa dihalau ke bumi, iblis juga dihalau ke bumi tetapi Adam insaf dan sedar.
Adam telah menerima beberapa kalimah yang diberi oleh Allah Ta’ala kepadanya yang diajar lalu Adam bertaubat bersama dengan Hawa dengan berkata:
“Wahai tuhan kami sesungguhnya kami berdua telah menzalimi diri kami sendiri, sekiranya Engkau tidak mengasihi kami, tidak mengampunkan dosa kami nescaya kami termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. Lalu Allah mengampunkan dosa Adam dan Hawa.”
Iblis sampai mati tidak bertaubat. Keras: “Aku tetap betul. Aku akan tipu dan melawan Adam, lawan Allah Ta’ala.”
Maka Allah Ta’ala jadikan ujian kepada manusia sama ada manusia dan jin makhluk yang ada di bumi mengikut Adam AS dengan Hawa yang menyedari kelemahannya sebagai makhluk, kalau membuat dosa bertaubat kepada Allah Ta’ala, atau pun hendak jadi macam iblis terus merasakan dirinya lebih, sombong, membuat dosa tetap tidak mengaku dosa. Dia tidak bertaubat dan bila mati dimasukkan ke dalam neraka.
Allah Ta’ala jadikan perkara ini dengan qodar dan takdir daripada-Nya, dengan peranan dan hikmat yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala diletakkan kepada manusia yang berada di atas muka bumi sebelum dilakukan hari kiamat untuk dibicarakan semuanya di hadapan Allah Ta’ala.
KULIAH SUBUH YT


No comments:

Post a Comment