Monday, November 7, 2016

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA



 Antara perkara yang membatalkan puasa itu ialah:

1.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Rongga ialah lubang-lubang pada anggota kita. Memasukkan sesuatu ke dalam tubuh tanpa melalui rongga tidak batal puasa. Contohnya cucuk ubat dengan jarum dan memasuk ubat ke dalam mata.

2. Makan dan minum dengan sengaja. Tetapi makan minum dengan tidak sengaja tidak batal puasa. Dia makan dan terlupa yang dia berpuasa, maka hendaklah diteruskan puasanya kerana hadis nabi SAW, “Sesiapa yang lupa dalam keadaan dia berpuasa lalu dia makan atau dia minum dia hendaklah menyempurnakan puasanya sesungguhnya Allah memberi makan dan memberi minum kepadanya”. Hadis riwayat oleh ramai para hadis.

Tuhan memberi rezeki kepadanya, dia terlupa yang dia berpuasa maka makan minumnya tidak batal puasanya. Dimaaf oleh Allah Ta’ala kepada orang yang lupa.

3. Muntah dengan sengaja
4. Haid dan nifas bagi orang perempuan.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

6. Dia berbuka dia menyangka matahari sudah jatuh tiba-tiba matahari tidak jatuh lagi. Dia kena qodar puasa itu kerana dia membuka puasa belum masuk waktunya.

7. Menyelam dalam air dan air masuk dalam mana-mana rongga maka batal puasa. Jika air tidak masuk maka tidak batal puasa.

8. Bersetubuh dengan isteri waktu siang hari di bulan Ramadan.

Perbuatan ini bukan sahaja berdosa besar, bukan sahaja kena qodar puasanya tetapi kena membayar kaffarah (denda).
        Dendanya disebut dalam hadis, “Kata Abi Hurairah RA suatu hari datang seorang lelaki dalam satu riwayat dia itu orang Badawi datang mengadap nabi SAW lalu dia berkata, 
“Punah dah saya wahai Rasulullah”. 

Rasulullah kata, “Apa yang memunahkan kamu?” 

Katanya, “Saya bersetubuh dengan isteri saya dalam keadaan saya berpuasa Ramadan dan batal puasa”. 

Kata nabi, “Adakah kamu boleh cari seorang hamba dan merdehkakan hamba itu?

Jawabnya, “Tiada. Hamba tiada dan wang pun tiada untuk membeli hamba”

Nabi kata, “Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut”

Katanya, “Tidak”

Jawab nabi SAW, “Adakah kamu boleh memberi makan enam puluh (60) orang miskin

Jawabnya, “Tiada”

Tiba-tiba datang seorang memberi hadiah kepada nabi sekarung buah kerma
Lalu nabi kata, “Ambil dan aku beri hadiah kepada kamu untuk memberi makan kepada enam puluh orang miskin”

Lalu dia kata, “Beri kepada orang yang fakir?”.

Nabi kata, “Ya”

Dia kata, “Ya Rasulullah anak beranak saya miskin”

Nabi ketawa sehingga kelihatan gigi taringnya dan berkata, “Pergi dan beri kepada keluarga kamu”. Hadis Riwayat ramai Jemaah

Memberi kepada kaum keluarga mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.

Dari segi kaffarah adakah diwajibkan kepada lelaki dan perempuan?

Dalam mazhab Syafie tidak ada kaffarah bagi orang perempuan. Orang lelaki sahaja yang kena kaffarah. Ada juga mazhab mengatakan kaffarah kena kepada kedua-dua iaitu suami dan isteri.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment