Monday, November 7, 2016

SEGERA BERBUKA PUASA




Sunat menyegerakan berbuka puasa. Bila masuk terus berbuka. Jangan kira hendak sembahyang dulu.

Sabda nabi SAW maksudnya, “Manusia itu sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka”.

Bila masuk sahaja waktu berbuka terus berbuka. Ini yang diajar oleh nabi SAW. Jangan hendak sembahyang dulu, hendak tunjuk rajin sangat. Bila tengah sembahyang teringat makanan lalu sembahyang tidak khusuk.

Berbuka dulu. Bila selesai baharulah sembahyang. Ini yang diajar oleh nabi SAW. Disunatkan berbuka dengan rusyak iaitu buah tamar yang mekar. Kalau tidak ada rusyak berbukalah dengan buah tamar.

Rusyak dan buah tamar mengandungi zat makanan yang menguatkan tubuh kita. Semua benda yang diperlu oleh tubuh ada dalam buah tamar dan rusyak.

Dalam surah Maryam, Maryam ketika mengadu kesakitan melahirkan nabi Isa AS, Allah menyuruh dia pukul batang kerma lalu luruh rusyak untuk dia makan untuk menguatkan tubuhnya. 

Kajian ilmu moden mendapati dalam buah tamar ada bahan-bahan menjadi ubat yang boleh membina kekuatan badan manusia. Dengan tiga biji buah tamar sudah mencukupi, tidak perlu makan makanan yang lain. Ini hebatnya buah tamar yang tuhan tumbuhkan di negeri Arab.

Tentera udara Amerika meletakkan buah tamar dalam jeketnya. Apabila selesai terjun daripada udara mereka memakan buah tamar itu dan boleh bertahan beberapa hari. Nabi kita telah mengetahui perkara ini kerana diberitahu oleh Allah Ta’ala.

Jika tidak ada buah tamar berbukalah dengan beberapa tegak air kerana air juga memberi kekuatan kepada tubuh kita.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment