Monday, November 7, 2016

QURAN DILAKSANAKAN SEPENUHNYA




Firman Allah Ta’ala, “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia, keterangan-keterangan daripada petunjuk untuk membezakan di antara yang betul dan yang salah”.

Ramadan ada tiga peringkat yang disebut oleh nabi SAW, “Permulaan bulan Ramadan ialah rahmat, pertengahan diampunkan dosa dan penutupnya dimerdehkakan daripada api neraka”.

Menjadi satu hikmat yang sangat besar Allah SWT memilih bulan Ramadan untuk kita mengerjakan ibadat puasa, tarbiyah secara langsung daripada Allah supaya kita menjadi orang-orang bertakwa kepada Allah SWT. 

Pada masa yang sama Allah memilih bulan yang mulia ini berlakunya peristiwa yang besar seperti Nuzulul Quran, diturunkan Quran, peristiwa Badar, peristiwa pembukaan Mekah dan peristiwa Anjalut dan banyak lagi peristiwa yang lain yang menjadi pertarungan antara mereka yang menegakkan Islam dan mereka yang menentangnya.

Setelah Allah SWT memilih al-Quran diturunkan daripada Luh Mahfuz ke langit dunia sebagai satu acara yang besar di bulan Ramadan. Dalam masa yang sama al-Quran hanya diterima oleh mereka yang bertakwa kepada Allah SWT. 

“Kitab ini (Quran) tidak syak lagi memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa”.
Dalam masa yang sama juga Allah SWT menjadikan tujuan puasa ialah bertakwa kepada Allah SWT. Hanya mereka yang bertakwa sahaja menerima Quran. 

Oleh kerana Quran bukan sahaja dibaca tetapi yang penting menjadi petunjuk kepada manusia dalam semua urusan mereka. Bagi melaksanakan petunjuk ini mestilah menunaikan perkara yang wajib iaitu fardu. Kita tidak boleh melakukan semua perintah Quran melainkan dengan fardu. 

Sebagaimana kita tidak boleh sembahyang kalau tidak ada wuduk, maka wuduk menjadi wajib. Kita tidak boleh sembahyang kalau tidak menutup aurat maka pakaian menutup aurat adalah wajib. Kita tidak boleh mengerjakan haji yang wajib kalau tidak ada harta maka mencari harta untuk menunaikan yang wajib hukumnya juga wajib.

Bagitulah politik. Para ulamak mengatakan apa yang tidak sempurna perkara yang wajib melainkan dengannya maka menjadi wajib. Menunaikan yang wajib menerima fadilat yang sangat besar. Politik untuk mendirikan negara pemerintahan adalah wajib.

Apabila nabi SAW hendak mendirikan kerajaan di Mekaramah nabi telah menerima tentangan yang hebat bukan daripada Inggeris, bukan daripada Peranchis, bukan daripada China atau India tetapi daripada Arab. 

Arab yang ada di Mekah menentang nabi SAW maka berlaku pertembungan yang tidak mengizinkan bagi mendirikan negara di masa itu. Nabi mencari tempat lain untuk mendirikan sebuah kerajaan bagi melaksanakan kewajipan fardu. 

Setelah ada kalangan daripada Madinah yang menerima Islam, berlakunya hijrah. Setelah ditegakkan kerajaan Islam yang diwajibkan itu baharulah Allah SWT menyempurnakan Quran yang terkandung dalam ayat-ayat Madaniyah dan terkandung di dalamnya hukum-hukum dan cara hidup manusia dengan sepenuhnya.

Apabila dilaksanakan pemerintahan yang adil dan baik ini dan tersebar ke seluruh pelusuk semenanjung Arab dan dunia sudah tentulah mereka yang mahu memuaskan nafsu, mereka menjadikan perkara itu halalangan dan berlakulah pertembungan dan penentangan yang membawa kepada pertelingkahan yang dahsyat, berlakunya peristiwa Badar. Berlakunya peristiwa pembukaan Mekah yang dipilih olah Allah SWT berlaku dalam bulan Ramadan. Ini satu hikmat yang sangat besar. 

Oleh kerana itu kita mesti faham bahawa kerja politik yang dibuat ini satu kerja yang sangat besar, satu kerja yang sangat penting untuk mempastikan semua isi kandungan al-Quran itu boleh dilaksanakan dengan sepenuh-penuhnya.

Allah SWT pilih berlakunya cabaran-cabaran di bulan Ramadan, bulan kita berlapar, kita berdahaga, bulan kita susah. Dihalang kita daripada makan-minum untuk mengajar kita bahawa menjalankan kerja Islam mestilah mengalami kesusahan.

Ini direalisasikan apabila nabi kita Muhamad SAW sendiri bahkan diperingkat negara Islam itu sudah ada, terpaksa berlapar bukan sahaja kekurangan wang-duit bahkan berlapar menunjukkan kurang segala-galanya. Dengan sebab itu mereka sanggup menghadapi ujian-ujian itu kerana matlamat perjuangan kita satu matlamat yang sangat besar, yang sangat jauh bukan sahaja di atas dunia bahkn sehingga hari akhirat, satu wawasan yang kekal abadi. 

Oleh itu hanya mereka yang bersedia sahaja untuk bersama dengan perjuangan ini. Mereka yang tidak mempunyai persediaan yang sepenuhnya tidak boleh bersama dengan perjuangan ini. Kita harap Allah Ta’ala memilih sehingga akhir hayat, bersama dengan perjuangan ini. 

Tiga jenis manusia yang Allah Ta’ala tidak menolak doanya:

1. Pemimpin yang adil
2. Orang yang dizalimi
3. Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

Kita mengharapkan supaya kita termasuk dalam ketiga-tiga jenis manusia yang tidak ditolak doa olah Allah Ta’ala.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment