Monday, November 7, 2016

TUJUAN PUASA RAMADAN




Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang lebih dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa dan takutkan akan Allah bebera hari yang dibilangkan.”

Ayat ini memberitahu kita bahawa tujuan tuhan suruh kita berpuasa ialah untuk mengajar diri kita supaya takut kepada tuhan. Manusia hidup atas muka bumi ini bukan sekadar makan-minum sahaja. Ada kalangan kita ingat hidup atas bumi ini makan-minum dan kemudian tunggu mati sahajalah. Jika sekadar itu sahaja maka tidak berasa apa-apa tanggungjawab, lepas dikambus dalam kubur apa berlaku, lepas itu dibangkit pada hari kiamat apa pula berlaku. 

Kita kena sedar bahawa hidup kita atas dunia tidak lama. Ada orang hidup lima puluh tahun, ada tujuh puluh tahun, lapan puluh tahun dan jarang hidup seratus tahun. Ada yang kena kambus dalam kubur selama seribu tahun dan ada dua ribu tahun.
Menunjukkan bahawa seseorang itu duduk dalam kubur lebih lama daripada atas dunia. Kemudian dibangkitkan selama-lamanya, sama ada dalam syurga selama-lama atau dalam neraka selama-lama.

Tujuan kita hidup atas dunia ini ialah untuk menjalankan kewajipan kita di hadapan Allah Ta’ala iaitulah untuk beribadat kepada Allah Ta’ala dan hidup di atas dunia ikut perintah Allah Ta’ala.

Beribadat kepada Allah Ta’ala bukan sahaja sembahyang tetapi makan-minum kita kena ikut perintah Allah Ta’ala. Ada halal dan ada haram. Pakaian kita ada halal dan ada haram. Kita kena ikut perintah Allah Ta’ala. Rumah tangga kita kena ikut perintah Allah Ta’ala. Semua urusan hidup kita kena ikut perintah Allah Ta’ala. 

Tiap-tiap orang manusia disediakan malaikat untuk menulis apa yang dia buat di atas muka bumi. Apa yang dia cakap dan apa tindak-tanduknya ditulis oleh malaikat. Jika kita hendak tahu apa yang perlu kita buat atas muka bumi ini kena tengak Quran. Semua ada dalam Quran. Tuhan pilih Quran diturunkan dalam bulan Ramadan.

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Bulan Ramadan diturunkan padanya al-Quran”.
Dalam Quran ada petunjuk dan keterangan daripada petunjuk dan yang membezakan antara yang betul dengan yang salah. Semua ada petunjuk dalam Quran bukan sahaja petunjuk siapa tuhan yang sebenar, Allah tuhan yang sebenar, Quran yang memberitahu.
Bagaimana cara hendak beribadat tuhan memberitahu. 

Tuhan menyuruh kita sembahyang lima waktu sehari semalam. Setiap kali sembahyang mengambil masa lima minit sahaja. Di luar daripada sembahyang ialah kehidupan kita.

Dalam kehidupan ada masa kita makan-minum, ada masa kita memakai pakaian. Makan-minum ada halal haram. Cara memperolehi makan-minum ada halal haram. Babi, bangkai, arak dan benda yang memabukan diharamkan. Jika kita buat apa yang haram maka akan disoal di hari kiamat dan akan dihukum.

Dalam bab pakaian ada pakain yang mendedah aurat dan ada pakaian yang menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan. Kebanyakan kita merasakan bab pakain ikut suka kita. Tidak perlu kisah ikut pandai aku, ikut pandai anak akulah hendak pakai macam mana pun.

Jangan fikir begitu. Tuhan tunjuk kepada nabi SAW malam Israk dan Mikraj ada orang yang kena gantung kepala, kena bakar dalam api neraka kerana bagi orang perempuan membuka kepalanya dan memakai pakaian yang ketat yang menunjukkan lembaga tubuh. Orang lelaki pula mendedahkan lututnya. 

Nabi sebut dalam satu hadis, ”Ada dua jenis manusia yang tidak sempat dengan aku akan berlaku di akhir zaman, dua jenis manusia ini adalah ahli neraka. Satu puak yang zalim yng memukul manusia kiri kanan sebagaiman ekor lembu. 

Kedua, orang perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, pakaian ketat atau nipis yang nampak lembaga tubuhnya, di atas kepala pula dihias macam goh unta, nabi kata mereka tidak mencium bau syurga sesungguhnya bau syurga itu jarak perjalanan berpuluh-puluh tahun”

Kita melihat bagaimana anak-anak muda kita memakai pakaian yang menjolok mata. Bila kita nasihat dia berkata ikut suka akulah. Hendak masuk neraka ikut pandai aku. Kena godang dalam kubur ikut pandai aku. Kena bakar dalam neraka ikut pandai aku. Itulah sikap orang yang tidak mendapat hidayat Allah.

Kita kena sedar bila kita pergi ke kubur kita kena insaf dan mengambil kesedaran. Dalam masa yang sama kita mestilah berlomba-lomba membuat kebajikan antaranya mengetahui bab-bab agama, berlomba untuk menolong orang. Jangan berlomba untuk senang masing-masing, untuk kenyang perut masing-masing. 

Kabajikan adalah modal yang boleh menolong bila kita mati, bila kita dihadapkan di hadapan Allah Ta’ala. Jangan kita pandang ringan bab-bab agama, bab-bab ibadat. Bab adat puasa kita tidak tahu, bab hendak pahala bulan puasa kita tidak kisah tetapi bila berbuka puasa kita berebut-rebut.

Puasa mengajar kita supaya menjadi orang takut kepada Allah Ta’ala. Tuhan mengajar kita siang hari tidak boleh makan-minum. Kita perlu patuh kerana tuhan hendak mengajar kita menurut perintah tuhan lebih besar daripada segala-galanya.

Bila habis puasa kita menjadi orang yang baik, jadi orang yang kuat berpegang dengan agama, jadi orang yang mengikut Quran.

Kalau lepas puasa keadaan tidak berubah bermakna puasa tidak memberi pengajaran kepada kita, puasa tidak mencapai matlamat yang disebut oleh Allah Ta’ala, “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajib ke atas orang-orang lebih dahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orang yang takut kepada Allah Ta’ala”

Allah Ta’ala kita tidak nampak tetapi dia dapat melihat kita. Ini menentukan keimanan kita. Zat kita yang lemah ini tidak mampu melihat tuhan.  Kaum Bani Israil minta hendak melihat tuhan disambar oleh petir dan dimatikan oleh tuhan. 

Kebesaran tuhan terlalu hebat kita tidak mampu melihat zat Allah Ta’ala. Cukup dengan apa yang diberitahu oleh Allah Ta’ala, diberitahu oleh nabi SAW dan diberitahu oleh orang-orang alim.

Jadi kita berpuasa kerana tuhan menyuruh kita berpuasa. Lapar-laparlah, letih-letihlah sebab apa, kerana takut kepada tuhan. Lepas puasa, lepas Ramadan kena takut ke tuhan. Lepas Ramadan kita kuat hendak membuat kebajikan dan takut hendak mengerjakan yang haram.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment