Monday, November 7, 2016

RAMADAN DAN PUASA RAMADAN (D)



Rahsia setahun berpuasa
Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya, “Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadan pasti umatku mahu setahun seluruhnya menjadi Ramadan”. Hadis Riwayat Ibni Khuzaimah
Jika sekiranya umat aku tahu kelebihan Ramadan nescaya umat aku mahu setahun semuanya menjadi Ramadan.
Semua syaitan dibelenggu 
Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya, “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan pintu-pintu neraka ditutup, semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pun yang dibuka manakala semua pintu dibuka dan tidak ada satu pun yang ditutup. 
Malaikat yang ditugas pun menyeru, “Wahai orang yang mencari kebaikan teruslah amal kebaikan, wahai orang yang mencari kejahatan berhentilah daripada melakukan kejahatan. Sesungguhnya Allah berjanji pada orang yang dibebaskan daripada neraka tugas itu dilakukan pada setiap malam”.
Tiap-tiap malam malaikat menyeru dengan seruan itu wahai orang-orang yang mencari kebaikan terus dengan kebaikan, wahai orang mencari kejahatan berhentilah. Allah Ta’ala tugaskan supaya menyeru dengan seruan ini tetapi kita dengar. Allah Ta’ala hendak menguji kita sama ada kita beriman kepada yang ghaib atau pun tidak. Cukuplah Quran dan nabi Muhamad memberitahu kepada kita.

Maksud syaitan dibelenggu
Apabila seseorang berpuasa pada bulan Ramadan Allah menolongnya daripada gangguan syaitan. Ibadat puasa itu menahan dirinya daripada berlaku sebarang perkara yang membatalkannya ditambah pula apabila dia memelihara adat-adat berpuasa syaitan terhalang daripada menipunya kerana nafsu yang menjadi penghubung syaitan dengan manusia itu disekat oleh puasa. Oleh itu syaitan terbelenggu kerana diikat oleh nafsu jahat yang terhalang. 
Umat Islam percaya iblis dan syaitan wujud dan percaya mereka adalah sejahat-jahat makhluk. Percaya kepada kewujudan syaitan adalah sama dengan percaya kepada perkara-perkara yang ghaib iaitu tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Antara tanda iman itu juga adalah berjanji setia kepada Allah dan bermusuh dengan syaitan. 
Orang yang berpuasa itu menunjukkan setianya kepada Allah layak mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan hidupnya menentang syaitan dan iblis iaitu ketua kepada golongan syaitan.
Kita wajib percaya syaitan itu ada kerana syaitan disebut dalam Quran dan disebut oleh nabi SAW dan ini termasuk dalam perkara beriman kepada yang ghaib. Di antara petunjuk Quran itu ialah orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib. 
Antara perkara yang ghaib ialah Allah Ta’ala jadikan makhluk yang kita tidak nampak, dosa pahala yang kita tidak nampak, jin dan syaitan yang kita tidak nampak dan malaikat yang kita tidak nampak. Malaikat makhluk yang baik dan syaitan makhluk yang jahat.
Puasa juga bertujuan mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan hidup. Dengan melakukan puasa syaitan dan bala tenteranya tidak mampu melakukan apa-apa kerana mereka terbelenggu oleh nafsu manusia yang terhalang, seluruh anggota tubuh dikawal oleh hati yang beriman dan anggota yang beribadat.
Bila kita mengerjakan ibadat puasa bermakna kita menahan diri daripada tipuan dan godaan syaitan

Kerugian kerana tidak mengerjakan ibadat di bulan Ramadan
Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya, “Dijauhkan daripada kelebihan Ramadan kepada sesiapa yang berada di bulan Ramadan lalu tidak mendapat peluang rahmat Allah kerana tidak beribadat, maka celakalah sesiapa yang tidak berpuasa, rugilah serugi-ruginya kerana dia dijauhkan daripada rahmat Allah yang diberi kepada orang yang berpuasa di bulan Ramadan”.
Banyak lagi hadis yang diriwayatkan oleh para sarjana Islam berkenaan dengan kelebihan Ramadan. 
Lailatul Qadar
Apa itu lailatul Qadar? 
Dalam bulan Ramadan ada satu malam yang dimuliakan oleh orang Islam dinamakan lailatul qadar. Perkara ini dinyatakana oleh Allah dalam surah al-Qadar ayat 1-5 iaitulah firman Allah Ta’ala bermaksud, “Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul Qadar dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin tuhan mereka dengan membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar”.
Malam Qadar ialah malam yang dipilih oleh Allah turunkan Quran daripada Luh Mahfuz ke langit dunia. Malam itu juga Allah memerintah malaikat turun ke bumi dengan diketuai oleh ketua segala malaikat iaitu Jibril AH. Maka malam itu mempunyai kelebihan.
Lailatul Qadar adalah anugerah terbesar daripada Allah kepada hamba-Nya yang beriman. Anugerah ini hanya khusus berlaku dalam bulan Ramadan. Pahala ibadat dilakukan pada malama itu menyamai seribu bulan. Ini bermakna satu ibadat pada malam Lailatul Qadar manyamai ibadat selama 83 tahun 4 bulan. Ini adalah tempuh umur yang cukup panjang iaitu umur sebenar mencapai tahap nyanyak.

Apakah kelebihan Lailatul QadarHH
….               
Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang bangun beribadat pada malam Lailatul Qadar dalam keadaan beriman dan niat yang ikhlas pasti diampunkan kepadanya dosa-dosa yang terdahulu”
Kalau dia beribadat berbetulan dengan malam Lailatul Qadar maka diampun dosa setahun yang terdahulu daripadanya.
Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya bulan ini Ramadan tiba menemui kamu di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan mendapat kelebihan itu maka dia diharamkan daripada mendapat semua kelebihannya. Seseorang tidak diharamkan daripada mendapat kebaikan Lailatul Qadar melainkan orang yang diharamkan daripada mendapat kebaikan”.
Barang siapa yang mendapat kelebihan Lailatul Qadar maka untung besar dan barang siapa yang diharamkan daripada mendapat kelebihannya maka rugi besar.
Bilakah Lailatul Qadar berlaku?
Disebut dalam hadis dan antara hadisnya “Lailatul Qadar itu berlaku pada sepuluh yang akhir bulan Ramadan iaitu malam ganjil – ke 21, 23, 25, 27, 29 atau malam terakhir Ramadan. Sesiapa yang bangun beribadat dengan niat yang ikhlas pasti diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian”. Hadis riwayat imam Ahmad. 
Rasulullah SAW yang menjadi contoh kepada umatnya turut bersungguh-sungguh melakukan ibadat pada sepuluh terakhir Ramadan bagi mendapat kelebihannya. Beliau beriktikaf di masjid, bangun qiamullail yakni beribadat di waktu malam iaitu satu pertiga malam, bertadarus al-Quran berdoa dan sebagainya.
Disebut dalam hadis Allah Ta’ala turun ke langit dunia satu pertiga akhir tiap-tiap malam dan di masa itu diperkenankan doa dan istighfar serta diperkenankan segala permohonan. Di sinilah kelebihan satu pertiga yang akhir daripada malam.
Ummul Mukminin Aisyah meriwayatkan bahawa nabi bersungguh-sungguh melakukan ibadat pada sepuluh yang akhir bulan Ramadan dan baginda bersabda kepada keluarganya, “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan”.
Hadis ini menyatakan sepuluh malam yang akhir dan tidak menyebut hari bulan. 
Laporan yang lain menegaskan Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan baginda menghidupkan dengan ibadat dan meminta keluarganya berjaga malam untuk beribadat serta tidak bercampur dengan isteri-isterinya.

Tanda-tanda keajaiban Lailatul Qadar
Ini adalah huraian sebenar mengenai Lailatul Qadar ia bukan bermaksud menunggu berlakunya perkara-perkara yang luar biasa seperti yang diceritakan oleh orang awam. Para ulamak menyebut juga tanda-tandanya yang dilaporkan daripada Rasulullah kepada para sahabat yang menyaksikannya.
Contoh tanda-tanda Lailatul Qadar.
Malam bercahaya pada waktu yang gelap bagai adanya bulan. Ini adalah antara tandanya. Malam gelap gelita, tiada bulan tetapi kelihatan cerah macam ada bulan. Ia disinari oleh ramainya para malaikat dan keberkatan yang meriah dengan ibadat hamba-hambanya yang solih. Orang yang tuhan izin nampak tanda-tanda pada malam itu.
Matahari pada petangnya lembut, kadang-kadang orang itu dapat melihat cahaya matahari tidak panas waktu petang menandakan malam akan berlaku Lailatul Qadar.
Cahaya matahari waktu keesokannya juga lembut hingga matahari yang kemerahan itu berwarna putih. Matahari jadi putih. Ada juga tanda-tanda Lailatul Qadar yang tidak dapat disebutkan dan banyak lagi tanda-tanda yang lain.
Malam Lailatul Qadar menjadi terang benderang kerana pada malam itu terlalu ramai para malaikat yang bersama malaikat Jibril selaku pemimpin mereka turun ke bumi bagi memeriahkannya. Kedudukan yang mulia di sisi Allah. Pada zaman Rasulullah SAW pernah berlaku pada malam itu turunnya hujan rahmat, Rasulullah bersembahyang sehingga tanah melekat pada wajahnya dan memberitahu bahawa malam itu berlakunya Lailatul Qadar.
Para sahabat dan orang yang baik pula melihat tanda-tanda luar biasa menandakan keberkatannya.
Imam Nawawi diizinkan melihat tanda-tanda Lailatul Qadar
Dalam kitab Dalilul Farihin menceritakan kisah imam Nawawi semasa kanak-kanak.
Imam Nawawi ialah seorang alim dalam mazhab Syafie yang berasal dari Syiria yang mustahid dalam mazhab Syafie. 
Dikisahkan pada masa imam Nawawi semasa kanak-kanak apabila dia bangun satu malam terakhir Ramadan ia memberitahu bapanya mengapa malam itu kelihatan cerah bercahaya sedangkan anggota keluarga yang berada bersamanya tidak melihat bercahaya. Ayahnya memberitahu malam itu adalah malam Lailatul Qadar dan meminta anggota keluarga bangun beribadat pada malam itu. 
Apabila kita nampak tanda-tanda kejutkan orang lain untuk beribadat pada malam itu.
Orang yang hanya melihat tanda-tandanya sahaja tanpa melakukan apa-apa ibadat tidak termasuk dalam kumpulan yang mendapat kelebihan. Hanya orang yang menghidupkan malam itu dengan ibadat tetap menemui kelebihan walaupun dia tidak mendapat apa-apa tanda luar biasa.
Sesiapa yang menghidupkan malam-malam Ramadan pasti akan bertemu dengan salah satu daripada malam Lailatul Qadar.
Hukum menceritakan tanda-tanda kelebihan Lailatul Qadar
Makruh kepada sesiapa yang melihat tanda Lailatul Qadar menceritakannya kepada orang lain kecuali ingin mendapat penjelasan daripada para ulamak yang amanah. 
Ummirul Mukminin Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah yang mesti dilakukan sekiranya mengetahui malam itu adalah Lailatul Qadar”
Rasulullah menjawab, “Ucapkanlah … yang bermakud, “Ya Allah ya tuhanku sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun ampunilah aku”. 
Oleh kerana para ulamak berselisih pendapat menentukan bila malam berlakunya Lailatul Qadar, umat Islam dinasihatkan supaya hidupkan seluruh Ramadan terutamanya pada sepuluh malam yang akhir seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
KULIAH YT

No comments:

Post a Comment